RED Bull kuasai penamat satu dua di GP Arab Suadi. -FOTO AFP
RED Bull kuasai penamat satu dua di GP Arab Suadi. -FOTO AFP
Agensi

London: Ferrari dilaporkan cuba memikat trio jurutera Red Bull yang bekerja rapat pembentukan RB20.

Max Verstappen dan Sergio Perez menguasai kedudukan satu dua di F1 Grand Prix Arab Saudi, mengulangi pencapaian mereka di Bahrain seminggu sebelumnya untuk membuktikan penguasaan Red Bull yang semakin meningkat.

Tetapi media Itali melaporkan bahawa Ferrari cuba mengambil kesempatan ekoran kontroversi luar trek Red Bull dengan memikat kakitangan di belakang tabir pasukan itu.

Ferrari dikatakan "cuba mendekati Wache beberapa kali dan terbaharu tahun lalu", laporan Corriere.

Pasukan F1 akan menumpukan terhadap peraturan baharu 2026 menjelang permulaan 2025.

Tempoh 'rehat' buat jurutera utama mereka akan tamat dan ia bermakna mereka boleh mendapatkan kakitangan baharu mereka menjelang 2026.

Lewis Hamilton akan bersama Ferrari tahun depan, tetapi pasukan Itali itu melihat lebih jauh ke hadapan.

Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada 2020 tetapi tewas kejuaraan 2021 kepada Max Verstappen, yang juga 13 tahun lebih muda daripadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 12:43 PM