VERSTAPPEN menduduki tempat ketiga GP Singapura pada September tahun lalu.  FOTO Agensi
VERSTAPPEN menduduki tempat ketiga GP Singapura pada September tahun lalu. FOTO Agensi
Reuters

MAX Verstappen yakin dia mampu menyekat impian Lewis Hamilton yang memburu gelaran ketujuh Formula Satu musim ini jika Red Bull memberikannya sokongan untuk menjalankan tugas itu.

Pelumba Belanda berusia 22 tahun itu menjuarai tiga perlumbaan tahun lalu, menduduki tempat ketiga keseluruhan dan tidak teruja dengan reputasi sesiapa sahaja.

"Ia banyak bergantung kepada kereta dalam Formula 1,” kata Verstappen kepada wartawan ketika sidang media Red Bull di London, awal pagi tadi.

"Lewis sangat bagus. Dia sudah tentu salah seorang yang terbaik tetapi dia bukan tuhan. Mungkin tuhan di sampingnya tetapi dia bukan tuhan.”

Hamilton, 35, memburu beberapa rekod musim ini temasuk 91 kemenangan perlumbaan Michael Schumacher dan tujuh gelaran serta menang lima daripada enam kejohanan terakhir bersama Mercedes.

"Kami benar-benar mahu mencabar terutamanya kepada Mercedes dan saya fikir kami mampu melakukannya,” kata Verstappen yang bulan lalu melanjutkan kontrak sehingga 2023 dan mempunyai jurulatih dan fisio Inggeris yang baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 8:18 AM