Verstappen bersama trofi selepas memenangi Perlumbaan Formula Satu GP Brazil. AFP
Verstappen bersama trofi selepas memenangi Perlumbaan Formula Satu GP Brazil. AFP
Reuters

MAX Verstappen memenangi perlumbaan Formula Satu Grand Prix (GP) Brazil yang mendebarkan buat Red Bull awal pagi ini, selepas pelumba Ferrari terbabit kemalangan dan juara dunia enam kali, Lewis Hamilton dari Mercedes berubah dari kedudukan ketiga kepada tujuh.

Dalam perlumbaan membabitkan kereta keselamatan dan penuh kejutan, bekas rakan sepasukan Pierre Gasly, Verstappen berjaya muncul di podium pertama buat kali kedua bagi pemilik Red Bull, Toro Rosso.

Hamilton menghambat pelumba Perancis melepasi garisan buat kali ketiga namun diberikan penalti lima saat kerana berlanggar dengan pelumba Red Bull, Alex Albon dalam perlumbaan di penghujung pusingan.

“Saya menerima sepenuhnya tanggungjawab,” kata Hamilton, yang memohon maaf kepada Albon sehingga menyebabkan pelumba muda itu terlepas pemburuan podium dan kedudukan satu-dua bagi Red Bull.

Jentera Red Bull mendahului perlumbaan GP Brazil. FOTO Reuters
Jentera Red Bull mendahului perlumbaan GP Brazil. FOTO Reuters

Pelumba Thailand, yang menggantikan Gasly di Red Bull pada Ogos lalu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14.

Tindakan Hamilton membolehkan Carlos Sainz berada di podium dalam perlumbaan yang mungkin menjadi kedudukan pelumba McLaren pada tiga teratas sejak permulaan musim di Grand Prix Australia pada 2014.

Pelumba Sepanyol yang memulakan perlumbaan di kedudukan terakhir garisan selepas berdepan masalah enjin dalam kelayakan, turut berada dalam siasatan kerana kemungkinan terbabit perlanggaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 11:12 AM