HAFIZH Syahrin menunjukkan kemahiran bermain lato-lato menjelang perlumbaan di Litar Mandalika, Indonesia, esok.
HAFIZH Syahrin menunjukkan kemahiran bermain lato-lato menjelang perlumbaan di Litar Mandalika, Indonesia, esok.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Permainan lato-lato yang semakin popular di negara ini mungkin akan dikenali dengan lebih meluas di luar negara pula selepas ini.

Ia selepas pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah berkongsi cara memainkan permainan itu menjelang Pusingan 2, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Mandalika, Indonesia.

Gelagat Hafizh itu dapat dilihat menerusi Insta Story berdurasi 13 saat di Instagram Worldsbk dengan kapsyen 'skills'.

Hafizh kemudian turut berkongsi momen itu di Insta Story miliknya dengan kapsyen 'lato lato everywhere'.

Mainan dua bola dan bertali itu semakin menjadi fenomena ketika ini terutama dalam kalangan kanak-kanak kerana harganya yang murah selain mudah didapati.

Hafizh akan memulakan aksi di Litar Mandalika, esok selepas meraih satu mata berharga pada pusingan pembuka tirai WSBK di Litar Phillip Island, Australia, minggu lalu.

Sejak di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Hafizh sememangnya cukup disenangi dalam kalangan pelumba lain kerana sikap 'gila-gila' serta sentiasa ceria.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 9:29 PM