Xavi Vierge. FOTO Agensi
Xavi Vierge. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Honda mengumumkan kejayaan menandatangani pelumba rookie dari Sepanyol, Iker Lecuona dan Xavi Vierge bagi musim 2022 Superbike Dunia (WSBK).

Lecuona dan Vierge mengibar cabaran pengeluar jenama dari Jepun itu musim depan dan menggantikan tempat pelumba veteran, Alvaro Bautista dan Leon Haslam.

Pengumuman itu hadir sebulan selepas dua pelumba itu menyatakan persetujuan untuk kekal bersama Honda pada Grand Prix Aragon MotoGP.

Lecuona, 21, menyertai WSBK selepas menempuhi dua musim yang sukar di MotoGP bersama pasukan Tech 3 KTM menamatkan saingan terbaik di kedudukan keenam di Red Bull Ring.

Pelumba yang mendaki podium Moto2 sebanyak dua kali itu menduduki tempat ke-18 dalam carta pelumba dengan berbaki dua perlumbaan.

Sementara Vierge yang beralih dari Moto2, mula berlumba sejak 2016. Pelumba berusia 24 tahun itu menamatkan perlumbaan dalam kelompok tiga teratas sebanyak empat kali dan tiga kali berada di petak utama, namun tanpa gelaran.

Keputusan Honda untuk menandatangani gandingan itu untuk saingan WSBK susulan prestasi di luar kemampuan sejak memperkenalkan motosikal CBR1000RR-R tahun lalu kepada pelumba Bautista dan Haslam.

Honda dijangka menamatkan saingan di tempat kelima dan terakhir dalam kedudukan pengeluar, ketika pencabar terdekat BMW mendahului 54 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 2:08 PM