DARI kiri Fabio Quartararo, Marc Marquez Francesco Bagnaia. -FOTO AFP
DARI kiri Fabio Quartararo, Marc Marquez Francesco Bagnaia. -FOTO AFP
AFP

Austin: Marc Marquez meneruskan penguasaannya di Litar Amerika apabila menjuarai saingan MotoGP buat kali ketujuh.

Marquez memulakan perlumbaan di petak ketiga, terus memecut ke depan sejak awal perlumbaan dan terus mendominasi perlumbaan mengatasi pendahulu kejuaraan ketika ini, Fabio Quartararo dari Perancis.

Marquez langsung tidak membenarkan Quartararo untuk memintas namun pelumba Yamaha itu berjaya melebarkan kejuaraan ini dengan 52 mata mengatasi pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Dengan kejuaraan yang hanya berbaki tiga perlumbaan musim ini dan 25 mata ditawarkan kepada juara, Quartararo semakin hampir untuk muncul juara dunia MotoGP yang pertama dalam kariernya.

"Semua berjalan seperti yang saya lakukan di dalam perlumbaan," kata Marquez, juara dunia enam kali yang memenangi enam perlumbaan pertama di litar Austin, Texas sebelum terjatuh ketika mendahului perlumbaan pada 2019.

"Semua bermula dengan baik di selekoh pertama, perlahan di dua pusingan pertama kemudian apabila tayar mula serasi dan mencengkam saya terus memecut ," kata pelumba Honda itu.

Marquez berada dua saat di depan Quartararo yang melintasi garisan penamat lewat 4.679 saat.

Bagnaia, bermula dari petak utama buat kali ketiga berturut-turut, merampas penamat podium selepas Jorge Martin yang berada di kedudukan ketiga dikenakan penalti kerana mengambil jalan pintas di dua selekoh.

Quartararo berpeluang menjadi pelumba Perancis pertama menjadi juara dunia MotoGP pada perlumbaan seterusnya di Misano, Itali 24 Oktober ini

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 11:32 AM