RAIKKONEN sudah bersedia menghadapi musim baru FI bersama Afa Romeo. FOTO Agensi
RAIKKONEN sudah bersedia menghadapi musim baru FI bersama Afa Romeo. FOTO Agensi
AFP

Paris: Bekas juara formula satu (F1), Kimi Raikkonen begitu bersemangat selepas pasukannya Alfa Romeo melancarkan kereta baru mereka untuk musim depan.

Pelumba berusia 41 tahun itu menyifatkan kempen musim depan adalah sesuatu yang anda lakukan tanpa tahu apa kesudahannya namun pasukan Itali itu akan cuba memanfaatkan sepenuhnya.

"Pertama sekali senang melihat kereta baru," kata Raikkonen.

"Kami berada dalam situasi yang tidak diketahui, ada beberapa perubahan dan bagaimana ia akan mempengaruhi semua orang dan ke mana arah kita semua.

"Semoga kita semua akan lebih baik berbanding tahun lalu dan mendapat kebenaran untuk membuat sesi ujian beberapa minggu lagi dan dalam masa satu bulan kami akan tahu di mana kami berada.

Pelumba Finland itu muncul juara F1 2007 bersama Ferrari tidak menjanjikan sebarang kemenangan namun bertekad untuk melakukan yang terbaik.

"Kami akan lakukan apa yang terbaik di setiap penamat perlumbaan," katanya.

Raikkonen dan rakan sepasukannya Antonio Giovinazzi, 27, menamatkan saingan di kedudukan ke-16 dan 17 musim lalu dengan masing-masing meraih empat mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 12:19 PM