SAMIM (atas) menjatuhkan rakan sepelatih, Shamsuddin Payenda Zadah ketika sesi latihan menjelang Paris 2024. FOTO AFP
SAMIM (atas) menjatuhkan rakan sepelatih, Shamsuddin Payenda Zadah ketika sesi latihan menjelang Paris 2024. FOTO AFP
AFP

Kabul: Jaguh judo Afghanistan, Mohammad Samim Faizad muncul atlet tunggal berlatih di negara dikuasai Taliban itu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Enam atlet Afghanistan - termasuk tidak wanita yang tidak diiktiraf kerajaan Taliban - akan bertanding di Paris 2024 dalam acara berbasikal, olahraga, renang dan judo, hujung bulan ini.

Samim adalah atlet tunggal dalam kelompok itu masih tinggal di Afghanistan yang berdepan cabaran hidup di negara dibelenggu kemiskinan, dalam pemilihan selepas perang dan dikuasai Taliban.

"Keletihan fizikal kembali pulih selepas 10 atau 20 minit, tetapi keletihan mental dan psikologi sukar untuk dipulihkan," kata atlet berusia 22 tahun itu yang bekerja sambilan untuk membiayai latihan seni mempertahankan diri Jepun itu selama empat jam sehari, kepada AFP.

"Judo membawa makna besar kepada saya," katanya sambil menyatakan atlet lain berlatih di gimnasium di Persekutuan Judo Afghanistan di Kabul.

"Salah satu impian utama saya adalah bertarung di Sukan Olimpik, satu hari nanti."

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyekat penyertaan Afghanistan dari Olimpik pada 1999, ketika tempoh pertama Taliban memerintah dari 1996 dan 2001 apabila wanita dilarang bersukan.

Negara itu kembali diiktiraf apabila Taliban disingkirkan selepas penaklukan pada 9 September, tetapi Paris 2024 bakal menjadi sukan olimpik musim panas pertama sejak mereka kembali berkuasa pada 2021.

Kerajaan Taliban sekali lagi melarang wanita terbabit dalam sukan, sekolah tinggi dan universiti yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai 'apartheid jantina.'

Tetapi, kali ini IOC menjemput atlet tanpa melalui kerajaan Taliban, yang tidak dijemput dalam mesyuarat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 12:13 PM