ROGLIC meraikan kemenangan peringkat kelapan semalam. FOTO AFP
ROGLIC meraikan kemenangan peringkat kelapan semalam. FOTO AFP
Reuters

Xorret de cati, Sepanyol: Jaguh Slovenia Primoz Roglic memintas juara bertahan Remco Evenepoel untuk memenangi peringkat kelapan Vuelta a Espana semalam.

Rakan sepasukan Roglic di Jumbo Visma Sepp Kuss merampas jersi merah selaku pendahulu keseluruhan daripada Lenny Martinez dari Groupama-FDJ yang gagal mengekalkan momentum menuju garis penamat laluan sejauh 165 kilometer dari Denia.

Kuss muncul pelumba Amerika Syarikat pertama mendahului Grand Tour sejak Chris Horner di LA Vuelta pada 2013.

"Ia menarik dan kita tunggu bagaimana penamatnya beberapa hari lagi," kata Kuss. "Sebaik anda mendapat jersi anda perlu lebih ke depan dan beri perhatian apa sahaja yang berlaku daripada anda rileks di ploton."

Evenepoel gagal menyekat pemenang tiga kali Vuelta Roglic ketika pecutan akhir tetapi masih mampu menduduki tempat kedua manakala pelumba Sepanyol Juan Ayuso ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2023 @ 9:36 AM