ANAS menjuarai acara 1,500m di Kejohanan Varsity Track & Field 2024 (Siri 2). -FOTO KPM
ANAS menjuarai acara 1,500m di Kejohanan Varsity Track & Field 2024 (Siri 2). -FOTO KPM
Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Atlet kebangsaan Anas Ariffin yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membawa pulang emas dalam acara 1,500 meter lelaki dalam Kejohanan Varsity Track & Field 2024 (Siri 2) di Stadium Kluang, hari ini

Dia mencatat 4:11.29 saat (s) meninggalkan pesaing, Mohamad Amirul Arif Mohd Az mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat kedua (4:11.67) manakala rakan sepasukan P Risheraam 4:12.06s ketiga.

"Masa terbaik saya setakat ini adalah 3:58s pada Sukan Sea tahun lalu dan Kejohanan Olahraga Terbuka SAECA-SSBJ Innotex 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil

"Difahamkan saya berada dalam posisi untuk wakil negara ke Sukan Sea Thailand 2025 nanti kerana catatan 3:59s sudah dikira layak," katanya yang akan mewakili UPM ke Sukan Universiti Asean di Surabaya-Malang Indonesia 2024.

Sementara itu atlet lontar peluru kebangsaan, Nani Sahirah Maryata turut menghadiahkan emas buat UPM.

Atlet kelahiran Kuantan itu mencatat lontaran sejauh 14.33 meter (m) menewaskan rakan sepasukan, Nurul Ainin Syauqina Mohd Nor 12.98m dan Nordini Shahira Abdullah UiTM, 11.02m masing-masing untuk perak dan gangsa.

Nani berkata, dia bagaimanapun masih belum berpuas hati dengan catatan itu kerana tidak menghampiri rekod terbaiknya 15.01m dan rekod peribadi yang tidak diiktiraf World Atlhetic iaitu 15.22 meter

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 7:23 PM