HANNAH berkata belia yang terbabit dałam sukan akan belajar berpasukan dan menyokong satu sama lain . FOTO AIMAN DANIAL MOHD HOOD AKTHA
HANNAH berkata belia yang terbabit dałam sukan akan belajar berpasukan dan menyokong satu sama lain . FOTO AIMAN DANIAL MOHD HOOD AKTHA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyampaikan dana sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) untuk menyertai Kejohanan Sorak Dunia 2024 di Orlando, Amerika Syarikat dari 24 hingga 29 April.

KBS menerusi kenyataan memaklumkan insentif yang diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN) itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika mengadakan perjumpaan dengan CHARM di Sekolah Sri Kuala Lumpur.

CHARM turut menerima RM30,000 daripada peruntukan menteri sebagai sokongan untuk aktiviti persatuan itu.

"Apabila belia kita terbabit dałam sukan, mereka akan belajar berpasukan, menyokong satu sama lain, dan bermain mengikut peraturan. Dengan ini, pembinaan negara akan berlaku. Patriotisme bermula di sini," kata Hannah dalam kenyataan sama.

Pasukan itu terdiri daripada 20 atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan.

Kejohanan Sorak Dunia bakal menyambut ulang tahun ke-21 dengan penyertaan 10,000 atlet dari 80 negara yang berkumpul di bawah naungan Kesatuan Sorak Antarabangsa (ICU).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 9:04 PM