ESTHER (kiri) ketika menyertai Festival Sukan Pantai Pelbagai Desaru (DCMF) 2023, tahun lalu. FOTO Agensi
ESTHER (kiri) ketika menyertai Festival Sukan Pantai Pelbagai Desaru (DCMF) 2023, tahun lalu. FOTO Agensi
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Cuaca yang agak panas menjadi cabaran utama buat atlet profesional triathlon wanita negara, Esther Joy Chen di dalam perlumbaan Siri Triathlon Piala Asia (ATC) Putrajaya, hari ini.

Bagi Esther, dirinya harus berlari serta berbasikal dalam keadaan yang agak berat tetapi ia tidak terlalu sukar jika dibandingkan dengan beberapa kejohanan sebelum ini.

Namun begitu segala cabaran berjaya di atasi dengan cemerlang dan menjadi wakil dari Malaysia terpantas melepasi garisan penamat dengan catatan masa 1:08:15 saat (s) dan kedudukan ke-12 secara keseluruhannya bagi kategori wanita elit.

"Ia benar-benar panas, terutamanya semasa larian dan basikal pastinya sedikit lebih berat. Tetapi saya rasa suka dengan laluan di sini berbanding triatlon jarak jauh yang lain.

"Ini adalah salah satu perlumbaan pertama saya dengan kumpulan yang lebih besar. Jadi saya fikir tak mengapa dan akan lakukan yang terbaik dalam acara akan datang.

"Kesukaran berenang tidak sama seperti anda berenang di kolam. Berenang di tasik seperti ini, kamu tidak dapat melihat apa-apa. Jadi tidak tahu ke mana arah akan pergi dan kamu tidak tahu siapa di sebelah anda. Jadi itu bermain dan membuatkan ia sedikit lemah, "katanya.

Terdahulu, Julie Derron dari Switzerland muncul pelari paling pantas untuk kategori wanita elit untuk ATC dengan catatan masa di bawah sejam, 57:29s sementara pelari dari Hong Kong, Bailee Brown di tempat kedua.

Manakala Alanis Siffert di tangga ketiga, 59:35s.

Kejohanan itu berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya Presint 6 dan menggunakan format Sprint dengan menampilkan tiga disiplin utama iaitu renang 750 meter, berbasikal 20 kilometer (km) dan berlari 5km.

Antara atlet ternama beraksi di kejohanan itu ialah Kyotaro Yoshikawa dari Jepun dan dua atlet China, Fan Junjie dan Wang Nanhe.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2024 @ 2:47 PM