LYDIA (kiri) dan Day mempamerkan trofi yang dimenangi mereka. FOTO AFP
LYDIA (kiri) dan Day mempamerkan trofi yang dimenangi mereka. FOTO AFP
Reuters

Florida: Lydia Ko dari New Zealand melakukan birdie pada lubang ke-17 dan par di lubang ke-18 ketika dia bergandingan dengan pemain Australia, Jason Day membolehkan mereka memenangi Jemputan Grant Thornton di Kelab Golf Tiburon di Naples.

Lydia dan Day mencatatkan enam bawah 66 dua kali berturut-turut untuk menamatkan saingan 26 bawah 190 bagi memenangi acara berpasukan campuran yang berlangsung selama tiga hari.

Mereka menewaskan pemain Kanada, Brooke Henderson dan Corey Conners dengan kelebihan satu pukulan.

Kejohanan itu menampilkan 16 pasukan campuran dengan seorang pemain lelaki dan seorang pemain wanita.

Pasukan-pasukan itu bermain dalam format scramble pada hari pertama dan foursomes di hari kedua.

Pusingan akhir pagi tadi menggunakan format four ball yang diubah suai, di mana kedua-dua rakan sepasukan melakukan tee off, kemudian menukar bola untuk pukulan kedua mereka dan memainkan bola itu sepanjang lubang.

Lydia dan Day memulakan aksi pusingan terakhir dengan mendahului dua pukulan dan mencatatkan enam birdie keseluruhan tanpa sebarang bogey.

"Rasanya seperti kemenangan yang paling bebas tekanan kerana saya hanya tahu (Lydia) akan meningkat pada akhirnya dengan hebat," kata Day.

"Ia adalah minggu yang menyeronokkan. Saya fikir menyertai dua jelajah minggu ini adalah cara yang menyeronokkan untuk menamatkan tahun ini."

"Banyak yang saya pelajari, sama ada pukulan lambung pendek atau hanya terus memukul dan menyempurnakannya," kata Lydia mengenai bermain dengan lelaki.

"Saya rasa ini baru sahaja permulaan yang baik untuk dua jelajah yang datang bersama dan mengadakan acara campuran, dan saya sangat berharap ia akan berterusan untuk jangka masa yang lama."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2023 @ 1:24 PM