KAMAL (tengah) sukar digugat atlet lain. FOTO KPT
KAMAL (tengah) sukar digugat atlet lain. FOTO KPT
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Atlet olahraga kebangsaan yang mewakili kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM), Kamal Farhan A Rahman ternyata terlalu unggul selepas memenangi pingat emas kali ketiga berturut- turut dalam acara lempar cakera di Kejohanan Varsity Track & Field (VTF), dekat sini.

Dia yang juga pelajar semester empat Ijazah Pendidikan Jasmani UPM memenangi emas Kejohanan VTF 2023 Sirkit Ketiga di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, semalam.

Kamal Farhan berkata, sebelum ini dia juga memenangi pingat emas dalam kejohanan VTF Sirkit 1 di Melaka dan Sirkit Kedua di Pahang.

"Kejayaan tahun ini hasil daripada suntikan semangat dan kejayaan yang saya perolehi dalam kejohanan sama pada tahun lalu."

Dalam kejohanan VTF Sirkit 1 dia mencatat lemparan sejauh 49.96 meter (m), VTF Sirkit kedua ( 47.73m) manakala VTF Sirkit ketiga ( 46.86m).

Malah rekod kejohanan terbabit masih lagi miliknya dengan catatan 49.96m menerusi VTF Sirkit 1 yang berlangsung di Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 1:20 PM