ROGLIC meraikan kemenangan dengan jersi merahnya. FOTO AFP
ROGLIC meraikan kemenangan dengan jersi merahnya. FOTO AFP
Agensi

Lakes of Covadonga, Sepanyol: Juara bertahan Vuelta a Espana, Primoz Roglic mengatasi cabaran Egan Bernal untuk menjuarai peringkat ke-17 dan merampas jersi merah pendahulu.

Roglic mengikuti rapat Bernal sepanjang perlumbaan sebelum memintasnya ketika berbaki 7.5 kilometer menuju penamat di Lagos de Covadonga.

Pelumba Colombia itu berakhir di kedudukan ketujuh dalam kumpulan yang turut mengandungi pelumba Britain, Adam Yates.

Jaguh Slovenia, Roglic kini mendahului klasifikasi umum dengan dua minit 22 saat di depan Enric Mas.

"Semua berjalan seperti dirancang hari ini. Saya menikmatinya dan ia hari yang bagus bagi saya dan pasukan,'' kata Roglic.

"Ia pertunjukan sebenar, perlumbaan sebenar.''

Bernal pula mengakui pelumba terbaik memenangi peringkat.

"Saya gembira kerana secara tak langsung membantu kemenangannya, dia berani,'' kata Bernal. ''Dia paling kuat hari ini."

Ketika Roglic mempamerkan kayuhan bertenaga menuju pergunungan, Bernal gagal mengekalkan momentum.

Seorang lagi pelumba Jumbo, Sepp Kuss dari Amerika Syarikat menduduki tempat kedua selepas memintas enam pelumba untuk tiba ke garisan penamat 1 minit 35 saat selepas Roglic.

Pelumba Movistar, Miguel Angel Lopez tempat ketiga, 49 saat di belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 11:22 AM