GESCHKE positif Covid-19. FOTO Agensi
GESCHKE positif Covid-19. FOTO Agensi
AFP

Tokyo: Pelumba berbasikal Jerman, Simon Geschke didapati positif Covid-19 sekali gus diketepikan untuk acara lebuhraya Olimpik Tokyo hari ini, kata Jawatankuasa Olimpik Jerman.

"Agak sukar untuk menerima keputusan ini sebelum bermulanya pertandingan," kata Geschke yang pernah memenangi peringkat perlumbaan Tour de France.

"Saya mengikuti segala peraturan ditetapkan sebaik-baiknya. Saya rasa sangat baik dalam aspek fizikal tetapi keputusan ini amat sukar untuk saya."

Dua belas lagi anggota pasukan berbasikal Jerman yang tinggal di hotel sama dengan Geschke bagaimanapun didapati negatif.

Pemenang Tour de France, Tadej Pogacar dari Slovenia menjadi pilihan utama untuk perlumbaan sejauh 234 kilometer (km) yang meliputi lima cabaran pendakian di sekitar Gunung Fuji.

Selain Pogacar, turut mendapat tumpuan adalah juara Olimpik 2016, Greg Van Avermaet dan rakan sepasukannya di pasukan Belgium, Remco Evenepoel serta Wout van Aert.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 6:10 AM