POGACAR masih mendahului saingan keseluruhan Tour UAE selepas berakhir peringkat kelima. FOTO AFP
POGACAR masih mendahului saingan keseluruhan Tour UAE selepas berakhir peringkat kelima. FOTO AFP
AFP

Paris: Tadej Pogacar mengekalkan penguasaan di Tour UAE dengan mengetepikan pencabar terdekatnya, Adam Yates selepas berakhir perlumbaan peringkat kelima, yang dimenangi Jonas Vingegaard dari Denmark.

Penyandang juara Tour de France itu menamatkan perlumbaan tiga saat di belakang Vingegaard dan berjaya mengatasi Yates, yang sekarang ini ketinggalan 45 saat bagi kedudukan keseluruhan.

Peluang sekarang semakin cerah buat pelumba UAE Emirates itu untuk meraih kejuaraan keseluruhan Sabtu ini.

"Saya gembira dapat mengekalkan kedudukan keseluruhan tapi perlu fokus untuk baki dua hari lagi perlumbaan.

"Tidak ada lagi laluan pendakian tapi saya masih belum dinobatkan sebagai juara Tour UAE," kata Pogacar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 11:51 PM