Beatriz pamer aksi luar biasa di Terbuka Perancis 2023. FOTO AFP
Beatriz pamer aksi luar biasa di Terbuka Perancis 2023. FOTO AFP
Reuters

Paris: Pemain tenis Brazil, Beatriz Haddad Maia tetap bersemangat walaupun tumpas 2-6, 6-7 (7) di tangan Iga Swiatek dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis selepas melalui dua minggu yang terbaik dalam kariernya.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang tidak pernah mara ke pusingan kedua Grand Slam, menjadi pemain wanita Brazil pertama dalam tempoh 55 tahun mara ke separuh akhir saingan kejuaraan utama selepas menumpaskan Ons Jabeur di suku akhir.

Selepas gagal untuk meneruskan rentak luar biasa bagi mara ke final, Beatriz meninggalkan Roland Garros dengan senyuman.

"Sasaran pertama kami ialah mara sehingga pusingan ketiga. Kami bekerja keras dan saya bersama pasukan berhak meraihnya. Kami perlu bangga dengan diri sendiri kerana bukan mudah untuk sampai sehingga ke peringkat ini.

"Saya fikir perlawanan ini dan minggu ini akan membawa saya kepada banyak perkara untuk diperbaiki, perkara yang kami pelajari bagi membina permainan kami, mentaliti kami."

Ketahanan tersendiri pemain Brazil itu tidak mencukupi menentang pemain nombor satu dunia, Iga, yang sedang memburu gelaran Terbuka Perancis ketiganya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2023 @ 8:18 AM