VAN Der Poel meraikan kemenangannya di perlumbaan klasik sehari Paris-Roubaix, 9 April lalu. FOTO FAIL AFP
VAN Der Poel meraikan kemenangannya di perlumbaan klasik sehari Paris-Roubaix, 9 April lalu. FOTO FAIL AFP
AFP

Paris: Pelumba basikal Belanda, Mathieu van der Poel akan bersaing dalam perlumbaan satu hari di Belgium, Sabtu ini, sebagai persediaan sebelum Tour de France (TdF) dan Kejohanan Dunia.

"Sasaran saya untuk mencuba memenangi peringkat di TdF dan objektif lainnya, menduduki tempat terbaik di Paris dan sebagai persediaan ke Kejohanan Dunia," kata pemenang perlumbaan Milan-Sanremo dan Paris-Roubaix, musim ini, menerusi sidang video dari La Plagne di pergunungan Perancis.

Perlumbaan acara lebuh raya di Kejohanan Dunia di Glasgow dijadualkan pada 5 Ogos iaitu hanya dua minggu selepas TdF di Paris.

"Biasanya, saya akan menyertai Kejohanan Basikal Bukit Dunia seminggu selepas Kejohanan Lebuh Raya. Tetapi tanpa sebarang persiapan khusus saya akan cuba pergi ke sana tanpa sebarang tekanan," kata pelumba berusia 28 tahun itu yang hampir dua bulan tidak beraksi sejak menang di Velodrom Roubaix pada 9 April lalu.

Perlumbaan satu hari di kawasan Hageland, Sabtu ini akan membantu pelumba itu bersedia sebelum berlumba di Tour Belgium pada 14 hingga 18 Jun.

Kejohanan Belanda pada 25 Jun adalah aksi terakhir sebelum TdF iaitu jelajah yang ingin ditamatkannya selepas menarik diri ketika peringkat ke-11 dalam penyertaan sulungnya, tahun lalu.

"Paris adalah penyertaan terakhir sebelum Kejohanan Dunia," katanya.

"Ini adalah masa untuk menamatkan perlumbaan jelajah itu dan itulah sebabnya saya membuat persediaan rapi pada musim ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 11:22 AM