VINGEGAARD pendahulu TdF selepas peringkat ke-19. -FOTO EPA
VINGEGAARD pendahulu TdF selepas peringkat ke-19. -FOTO EPA
AFP

Cahors, Perancis: Walaupun ketinggalan lebih tiga minit menjelang peringkat penentuan Tour de France (TdF), juara bertahan Tadej Pogacar berkata "anda tidak pernah tahu" ketika dia merancang kejatuhan pendahulu ketika ini, Jonas Vingegaard.

Perlumbaan awal pagi esok akan menjadi peluang terakhir Pogacar untuk memintas pelumba Denmark yang kini mendahului 3 minit 26 saat memasuki saingan ujian masa sejauh 40.7km di Paris.

"Anda tidak pernah tahu," kata Pogacar yang ketinggalan dua minit ke atas Primoz Roglic, senario yang hampir sama ketika dia merangkul kejuaraan TdF pada 2020.

"Ia satu cabaran yang memenatkan dan ia adalah satu saingan ujian masa yang panjang," katanya.

"Saya tidak tahu apa yang kaki saya mampu lakukan, tapi saya akan memberikan segalanya.

"Saya tidak menjangkakan kejutan besar tapi anda tidak pernah tahu. Ia akan menjadi sukar dan sangat pantas," tambahnya.

Perlumbaan akan bermula di Rocamaudor yang memiliki permukaan berkualiti tinggi namun sesetengahnya digredkan sebagai 'halus' oleh jabatan jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2022 @ 12:32 PM