DJOKOVIC masih dihantui kecederaan siku. FOTO AFP
DJOKOVIC masih dihantui kecederaan siku. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mengikut jejak Rafael Nadal menarik diri dari menyertai Masters Madrid tatkala lima minggu lagi menjelang Terbuka Perancis.

Kedua-dua pemain itu memburu rekod Grand Slam ke-23 di Raland Garros, yang akan membuka tirai pada 28 Mei.

Djokovic, juara dua kali Terbuka Perancis, bergelut dengan masalah siku, manakala Nadal yang meraih 14 kejuaraan di Paris, terpaksa berehat sejak Januari kerana kecederaan pinggul.

"Novak Djokovic tidak dapat beraksi di Terbuka Madrid," kata penganjur di Instagram menjelang kejohanan itu yang akan bermula pada 26 April.

"Kami mengucapkan kepada anda agar segera sembuh, kami berharap dapat kembali melihat anda turun ke gelanggang secepat mungkin."

Juara Terbuka Australia berusia 35 tahun itu mengalami kekalahan straight set kepada rakan senegara, Dusan Lajovic di suku akhir Banja Luka di Bosnia Herzegovina.

Dia sebelum itu dikalahkan pemain kurang ternama, Lorenzo Musetti di Masters Monte Carlo dan berkata sikunya masih belum sembuh sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 10:19 AM