MESSI meraikan jaringannya. FOTO AP
MESSI meraikan jaringannya. FOTO AP
AFP

Paris: Lionel Messi menjaringkan gol selepas lima minit ketika Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Lyon 1-0 hari ini untuk merampas semula kedudukan teratas Ligue 1 mengatasi Marseille.

Neymar menjadi watak penting kepada gol bintang Argentina itu dan ia adalah bantuan gol ketujuhnya dalam lapan aksi Ligue 1.

Kemenangan itu menyaksikan PSG dua mata di depan Marseille yang menduduki tempat teratas sebelum ini selepas meraih keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Rennes.

Lorient yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Auxerre, berada tiga mata di belakang pendahulu.

Lens jatuh ke tangga keempat selepas terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Nantes.

"PSG bermain dengan hebat hari ini menentang pasukan sukar yang sering memberi ancaman kepada kami.

"Pemain mempamer aksi lebih seimbang, khususnya Neymar yang memberi kami keseimbangan sangat diperlukan.

"Walaupun kurang pergerakan pada separuh masa pertama, kami peroleh banyak peluang di babak kedua," kata jurulatih PSG Christophe Galtier.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 7:17 AM