NUR Dhabitah (kanan) bersama rakannya Ng Yan Yee meraih pingat Perak dalam acara 3m papan anjal seirama di Sukan Komanwel Birmingham. FOTO Bernama
NUR Dhabitah (kanan) bersama rakannya Ng Yan Yee meraih pingat Perak dalam acara 3m papan anjal seirama di Sukan Komanwel Birmingham. FOTO Bernama
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Gandingan Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri merangkul pingat perak acara 3 meter papan anjal seirama pada Sukan Komanwel 2020 di sini, sebentar tadi.

Dalam saingan di Pusat Akuatik Sandwell, mereka berjaya menghimpunkan sebanyak 299.85 mata untuk muncul naib juara.

Ini adalah pingat kedua dari skuad terjun negara selepas gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim turut meraih perak bagi acara 3 meter papan anjal seirama.

Acara ini dimenangi wakil Australia, Maddison Keeney dan Anabelle Luce Smith (316.53) manakala gangsa milik Margo Claire Erlam-Mia Jolie Doucet Valleen (297.00).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 8:27 PM