GRANT Holloway juara 110m lari berhalangan. FOTO AFP
GRANT Holloway juara 110m lari berhalangan. FOTO AFP
AFP

Eugene, Amerika Syarikat: Juara dunia dalam acara 110m lari berhalangan, Grant Holloway dan bintang yang semakin meningkat naik dalam acara 200m, Gabby Thomas melaungkan amaran kepada pencabarnya di Olimpik Tokyo selepas mempamerkan aksi memberangsangkan untuk menang di kejohanan ujian Amerika Syarikat (AS) di Oregon.

Holloway, penyandang juara dunia, menempah tiket ke Tokyo selepas hampir memadamkan rekod dunia milik Aries Merritt 12.80saat yang dilakukan pada 2012 apabila mencatatkan 12.81s, masa terbaik dan terpantas dunia tahun ini.

Atlet berusia 23 tahun dari Virginia mencatatkan 12.81s di separuh akhir di Eugene Hayward Field, sebelum menang pada perlumbaan akhir dengan catatan 12.96ss mengatasi Devon Allen 13.10s dan Daniel Roberts in 13.11s.

Kejayaan itu turut diikuti oleh Gabby dalam acara 200m dengan atlet lulusan Harvard itu mencatatkan masa terpantas dunia dalam acara 200m, 21.61s.

Hanya mendiang Florence Griffith-Joyner pernah mencatatkan masa 21.34s di Sukan Olimpik 1988 namun dicemari dengan pengambilan ubatan terlarang.

Gabby mencatatkan masa terpantas dunia tahun ini ketika peringkat saringan 200m.

Jenna Prandini menduduki tempat kedua 21.89s manakala pelari muda Anavia Battle, ketiga, 21.95.

Manakala pelari berpengalaman Veteran Allyson Felix yang sudahpun melayakkan diri ke Olimpik dalam acara 400m menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 12:34 PM