AKSI Simona membalas hantaran Katie.
AKSI Simona membalas hantaran Katie.
AFP

Birmingham, United Kingdom: Bekas juara Wimbledon, Simona Halep mara ke separuh akhir WTA Birmingham selepas menang straight set ke atas pemain Britain, Katie Boulter awal pagi tadi.

Katie yang meraih pencapaian terbaik dalam kariernya menewaskan Alison Riske pada pusingan pertama pemanas badan Wimbledon itu sebelum mengatasi bekas pemain yang menduduki kelompok 10 terbaik dunia, Caroline Garcia.

Namun Simoni terbukti sukar ditundukkan apabila menang 6-4, 6-1.

Bagaimanapun, pemain Romania berusia 30 tahun itu mendapat tentangan sengit pada set pertama daripada Katie yang mengalami kecederaan kaki di Nottingham minggu lalu dan lawannya yang berusia 25 tahun itu bagaikan kehabisan tenaga pada set kedua.

Dalam perlawanan lain, Sorana Cirstea menghadiakan keceriaan berganda buat Romania apabila turut mara ke separuh akhir selepas bangkit menewaskan Donna Vekic 5-7, 6-3, 6-4.

Sorana akan menentang Zhang Shuai selepas pilihan kelapan dari China itu menewaskan pemain Ukraine, Dayana Yastremska 7-5, 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 11:35 AM