Aksi Naomi Osaka dari Jepun ketika membalas pukulan Astra Sharma pada Terbuka Miami. FOTO AFP
Aksi Naomi Osaka dari Jepun ketika membalas pukulan Astra Sharma pada Terbuka Miami. FOTO AFP
AFP

Miami: Naomi Osaka meneruskan pemburuan dan mempamerkan aksi cemerlang untuk mara ke pusingan kedua terbuka Miami dengan kemenangan straight set ke atas pemain Australia, Astra Sharma.

Bintang Jepun itu mengalami kekalahan memeritkan di Indian Wells 10 hari lalu dan dia berlinangan air mata apabila diejek oleh penonton selepas kekalahan kepada Veronika Kudermetova.

Begitupun juara empat kali Grand Slam yang memberikan tempoh rehat sementara dari tenis pada 2021 untuk memulihkan isu membabitkan kesihatan mental tetap mempamerkan aksi mantap di Stadium Hard Rock untuk menewaskan pemain nombor 96 dunia, Astra, 6-3, 6-4.

"Perlawanan terakhir saya baru-baru ini adalah kenangan yang tidak begitu baik buat saya," kata Naomi.

"Saya hanya mahu membuktikan saya mampu bangkit semula, bersaing dan mempunyai sikap yang baik."

Naomi akan berdepan pemain Jerman, Angelique Kerber pada pusingan berikutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2022 @ 9:36 AM