Elena Lashmanova
Elena Lashmanova
AFP

Paris: Jaguh lumba jalan kaki Rusia yang juga juara Olimpik 2012, Elena Lashmanova digantung dua tahun kerana doping dan bakal kehilangan pingat emasnya menurut Unit Integriti Atlet Olahraga (AIU) hari ini.

Atlet berusia 29 tahun itu memenangi pingat emas dalam acara 20km di Olimpik London dan akan dibatalkan kejuaraan Kejohanan Dunia 2013.

"Elena menerima cadangan hukuman oleh AIU," kata AIU dalam satu kenyataan.

Elena sudahpun menjalani penggantungan untuk dua tahun pada 2014 kerana doping, sekalipun ia tidak menjejaskan pencapaian pingat sebelum itu.

Dia tidak menamatkan saingan di podium pada kejohanan utama sejak penggantungan doping pertamanya.

Elena mengatasi rakan senegara, Olga Kaniskina pada perlumbaan jalan kaki 20km di London dengan mencipta rekod dunia sekalipun rakan sepasukannya kemudian turut dibatalkan penyertaan kerana doping.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2022 @ 9:14 AM