Peminat melakukan bantahan di Belgrade, Serbia terhadap penahanan Djokovic di Melbourne susulan pembatalan visa memasuki Australia bagi menyertai tenis Terbuka Australia. FOTO AFP
Peminat melakukan bantahan di Belgrade, Serbia terhadap penahanan Djokovic di Melbourne susulan pembatalan visa memasuki Australia bagi menyertai tenis Terbuka Australia. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Novak Djokovic diberikan pengecualian vaksin Covid-19 oleh Tennis Australia dan kerajaan Australia kerana sudah diuji positif pada Disember yang membolehkannya masuk ke negara berkenaan, kata peguamnya, semalam.

"Tarikh positif pertama ujian Covid PCR dilaporkan pada 16 Disember 2021," kata pasukan peguamnya menerusi kenyataan 32 muka surat kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan rayuan membatalkan visa bintang Serbia itu.

Dalam satu lagi perkembangan, gambar dikongsi Persekutuan Tenis Belgrade menunjukkan Djokovic berada dalam majlis pemain muda di bandar berkenaan pada 17 Disember.

Persekutuan itu melaporkan dalam satu satu kenyataan bahawa Djokovic menyerahkan piala dan hadiah kepada pemain muda. Tiada siapa memakai pelitup muka.

Djokovic juga menghadiri satu lagi perjumpaan pada 16 Disember apabila perkhidmatan pos kebangsaan Serbia melancarkan stem yang tertera wajahnya sempena menghargai pencapaian pemain itu dalam sukan.

Pada Sabtu, peguamnya mendakwa ejen sempadan Australia menahan Djokovic selama lapan jam di lapangan terbang dekat sini sebelum membatalkan visanya serta menghantar pemain itu ke pusat tahanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 10:54 AM