FURY mengangkat tangan manakala Wilder dilihat tidak mampu bangkit. FOTO EPA
FURY mengangkat tangan manakala Wilder dilihat tidak mampu bangkit. FOTO EPA
AFP

Las Vegas: Tyson Fury mengekalkan gelaran heavyweight WBC selepas menewaskan Deontay Wilder pada pertembungan ketiga mereka menerusi keputusan knockout di pusingan ke-11.

Dalam satu pertarungan epik disaksikan 15,820 penyokong di T-Mobile Arena dekat Las Vegas, kedua-dua petinju itu dijatuhkan beberapa kali.

Fury menjatuhkan Wilder pada pusingan ketiga namun lawannya berusia 35 tahun dari Alabama itu membalas dengan menjatuhkan Fury sebanyak dua kali sehingga menyebabkan juara bertahan itu bergelut pada pusingan keempat.

Namun Fury bangkit lebih kuat dan melakukan tumbukan padu untuk menjatuhkan Wilder pada pusingan ke-11 sehingga gagal untuk bangkit selepas itu.

"Saya sesekali meragui kemampuan saya," kata Fury selepas tamat perlawanan.

"Saya memberikan peluang untuknya meraih kemenangan. Dia seorang yang kuat dan dapat melakukan beberapa tumbukan padu.

"Ia adalah perlawanan yang hebat dalam mana-mana pertemuan kali ketiga sepanjang sejarah."

Fury menewaskan Wilder pada pusingan ketujuh ketika pertemuan kedua tahun lalu.

Manakala dalam pertemuan pertama kedua-dua petarung itu di Los Angeles pada 2018, ia berakhir dengan keputusan seri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 1:56 PM