FURY meraikan kejayaan selepas menumbangkan Wilder di Kejohanan Heavyweight Majlis Tinju Dunia di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas hari ini. FOTO AFP
FURY meraikan kejayaan selepas menumbangkan Wilder di Kejohanan Heavyweight Majlis Tinju Dunia di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas hari ini. FOTO AFP
AFP

TYSON Fury mengekalkan status juara dunia haevyweight selepas menumpaskan Deontay Wilder dalam aksi yang terpaksa dihentikan pada pusingan ketujuh selepas pengadil memberikan kemenangan 'teknikal knock out' (TKO).

Aksi semula merebut gelaran Majlis Tinju Dunia diadakan selepas 14 bulan lalu pertembungan antara kedua-duanya berakhir dengan keputusan seri, namun kali ini Fury mendominasi perlawanan.

Pengadil, Kenny Bayless terpaksa memberikan kemenangan TKO kepada Fury selepas darah mengalir keluar dari telinga kiri Wilder.

“Raja tinju kembali ke takhta teratas,” kata Fury, yang menjatuhkan Wilder di pusingan ketiga dan kelima.

Fury masih kekal dengan rekod tanpa kalah dan bagi Wilder ini adalah kekalahan pertamanya sepanjang karier.

Tumbukan tangan kanan dari Fury menyebabkan Wilder terjatuh di pusingan ketiga.

Pada pusingan kelima Fury melepaskan tumbukan padu ke arah badan Wilder menyebabkan juara Amerika Syarikat itu sekali lagi tumbang di dalam gelanggang.

Pusingan ketujuh Fury mengasak Wilder bertubi-tubi sehingga memaksa Bayless menghentikan pertarungan.

Wilder, 34, tumpas buat kali pertama dalam 44 perlawanan, dengan rekod 44 kemenangan, sekali tumpas dan seri sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 6:35 PM