Pelumba pasukan Deceuninck-QuickStep, Yves Lampaert dari Belgium melintasi garisan penamat peringkat ketujuh, Jelajah Britain. FOTO Agensi
Pelumba pasukan Deceuninck-QuickStep, Yves Lampaert dari Belgium melintasi garisan penamat peringkat ketujuh, Jelajah Britain. FOTO Agensi
Agensi

London: Pelumba Belgium, Yves Lampaert memenangi saingan peringkat ketujuh, Jelajah Britain.

Lampaert mengatasi pelumba Amerika, Matteo Jorgenson yang menduduki tempat kedua diikuti, wakil Britain, Matt Gibson ketiga.

Trio berkenaan sebahagian daripada pelumba yang melakukan breakaway dari peloton utama pada kemuncak perlumbaan membabitkan laluan sejauh 194.8 kilometer (km) dari Hawick di sempadan Scotland ke Edinburgh.

Ethan Hayter pendahulu keseluruhan perlumbaan dengan hanya empat saat mengatasi Wout van Aert.

Pelumba Britain, Hayter menamatkan perlumbaan di tempat keenam ketika dia dan Van Aert dari Belgium kedua-duanya diberikan masa sama menjelang saingan final.

"Ia peringkat yang sangat sukar," kata Lampaert pelumba pasukan Deceuninck-QuickStep.

"Terlalu banyak angin, tiada permukaan rata, jalan kecil dan sukar. Ia bukan mudah untuk menunggang, pada penghujungnya, saya berjaya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 10:52 AM