BRONTE Campbell  (kiri), Meg Harris, Emma McKeon dan Cate Campbell menunjukkan pingat emas mereka. FOTO EPA
BRONTE Campbell (kiri), Meg Harris, Emma McKeon dan Cate Campbell menunjukkan pingat emas mereka. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Australia memecahkan rekod dunia acara renang 4x100 meter (m) gaya bebas sekali gus memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo selepas melakukan catatan 3 minit 29.69 saat (s) untuk memperbaiki catatan mereka sendiri tiga tahun lalu.

Gandingan Cate Campbell, Emma McKeon, Meg Harris dan Bronte Campbell melakukan catatan lebih rendah berbanding 3:30.05s yang dilakukan ketika Sukan Komanwel 2018 sekali gus terus mendominasi acara itu.

Kanada meraih tempat kedua manakala gangsa milik Amerika Syarikat.

Cate Campbell selaku perenang terakhir melakukan catatan 52.24s namun sebelum itu McKeon lebih menyinar apabila melakukan catatan terpantas 100m 51.35s sekali gus memberi amaran bakal menjadi pilihan memenangi emas untuk acara individu.

"Sangat bermakna dapat menjadi sebahagian pasukan ini," kata Bronte Campbell.

"Persaingan untuk memasuki pasukan ini sangat sukar dan itulah penyebab utama menjadikan kami sangat kompetitif di pentas antarabangsa.

"Ia lebih kepada persaingan sesama kami untuk mendapat tempat dalam acara ini. Kami saling membantu antara satu sama lain dan sebab itu kami mempunyai pasukan yang kuat sejak sekian lama."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 12:20 PM