PERENANG Australia, Emma McKeon memecahkan rekod Sukan Olimpik ketika saringan acara 100m gaya bebas wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
PERENANG Australia, Emma McKeon memecahkan rekod Sukan Olimpik ketika saringan acara 100m gaya bebas wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Perenang Australia, Emma McKeon memberi amaran awal apabila mencipta rekod baru Sukan Olimpik ketika saringan acara 100 meter (m) gaya bebas wanita, hari ini.

Selain itu, perenang Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker mencatatkan masa kedua terpantas acara 200m kuak dada sepanjang zaman, sekali gus menghangatkan kolam renang di Tokyo 2020.

Perebutan pingat emas bagi acara pecut itu terbuka luas apabila juara bertahan dari Amerika Syarikat (AS), Simone Manuel tidak layak selepas gagal ketika pemilihan skuad AS.

Simone yang menguasai sejak Rio 2016 apabila menang gelaran dunia dua kali berturut-turut, tetapi disahkan mengalami sindrom terlebih latihan apabila atlet gagal pulih daripada latihan dan kejohanan, beberapa minggu sebelum Tokyo 2020.

Emma yang menang empat pingat di Rio 2016, tetapi bukan dalam acara pecut 100m, datang ke Jepun dengan catatan masa terpantas tahun ini mengatasi rakan sepasukannya, Cate Campbell dan memperbaiki catatan kepada 52.13 saat.

"Saya gembira dengan keadaan itu. Memecahkan rekod Sukan Olimpik memang hebat," kata Emma.

"Tetapi, saya fikir harus bermula dengan segar dan sesuatu yang baru pada setiap hari."

Cate memenangi saringannya dan layak di tempat keempat keseluruhan dengan catatan 52.80s, pada ketika dia sedang memburu pencapaian terbaik di Sukan Olimpik keempat dan mungkin terakhir baginya.

Cate menjadi pilihan utama di Rio 2016 selepas memecah rekod dunia sebelum itu, tetapi sekadar menduduki tempat keena,.

Kini, Emma dan Cate sudah merangkul emas di Tokyo 2020 apabila mengetuai pasukan 4x100m berganti-ganti Australia dan mencatat rekod baru dunia pada Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 10:11 PM