Sensasi tenis Switzerland, Roger Federer. FOTO AFP
Sensasi tenis Switzerland, Roger Federer. FOTO AFP
AFP

Paris: Roger Federer disenaraikan oleh Majlis Olimpik Switzerland dalam pasukan mereka bagi temasya Olimpik Tokyo bulan ini.

Juara 20 kali Grand Slam sebelum ini berkata dia mungkin menunggu hingga tamat saingan Wimbledon, dengan jadual lelaki final dijangka Ahad ini, sebelum mengesahkan penyertaannya di Tokyo dengan saingan perseorangan lelaki di temasya itu dijadualkan bermula pada 24 Julai.

Hanya kejuaraan utama yang belum dimenangi Federer adalah perseorangan Olimpik tetapi dia meraih gelaran beregu di Beijing, 13 tahun lalu.

"Perasaan saya menyatakan saya mahu pergi ke Olimpik," katanya pada hujung bulan lalu.

"Saya mahu beraksi sebanyak mungkin kejohanan.

"Tetapi saya fikir kami mengambil keputusan berdasrkan keadaan sekarang. Ini adalah masanya untuk mengharungi Wimbledon. Kami bergerak secara berpasukan dan mengambil keputusan bersama."

Sementara itu, Federer yang menjangkau usia 40 tahun pada 8 Ogos ini, akan berdepan pemain Itali, Lorenzo Sonego, dan boleh menjadi pemain tertua mara ke suku akhir di Wimbledon pada 'Open Era'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 11:20 PM