PELUMBA Giro d’Italia tidak akan melalui kawasan tragedi kereta kabel di Gunung Mottarone. FOTO AFP
PELUMBA Giro d’Italia tidak akan melalui kawasan tragedi kereta kabel di Gunung Mottarone. FOTO AFP
AFP

Rom: Laluan peringkat ke-19 Giro d'Italia diubah untuk memastikan pelumba tidak mendaki Gunung Mottarone, di mana 14 orang terbunuh dalam kemalangan kereta kabel hujung minggu lalu.

Menteri Pengangkutan, Enrico Giovannini pada awalnya meminta penganjur untuk mengubah laluan berkenaan bagi menghormati mangsa tragedi berkenaan.

Laluan baru dipendekkan 10 kilometer di mana peringkat berkenaan membabitkan perlumbaan sejauh 176 kilometer dari Abbiategrasso hingga Alpe di Mera, dua hari sebelum Giro berakhir di Milan.

Bagi menggantikan zon pendakian kategori satu di Gunung Mottarone, penganjur menambah pendakian kategori empat di Alpe Agogna sebelum dua pendakian terakhir Passo della Colma dan the Alpe di Mera di peringkat laluan berbukit ini.

Punca kemalangan Ahad lalu masih lagi dalam siasatan dengan selepas ia mengorbankan 14 orang dan hanya seorang kanak-kanak berusia lima tahun terselamat.

Kemalangan berkenaan berlaku kira-kira 100 meter dari stesen altitud terakhir kereta kabel di Gunung Mottarone.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 3:28 PM