YATES berjaya memenangi peringkat ke-19 Giro d’Italia semalam. FOTO AFP
YATES berjaya memenangi peringkat ke-19 Giro d’Italia semalam. FOTO AFP
AFP

Alpe di Mera: Pelumba Britain, Simon Yates meluru berseorangan untuk memenangi peringkat ke-19 Giro d'Italia di puncak Alpe di Mera, manakala Egan Bernal terus mempertahankan kedudukan pendahulu keseluruhan.

Bernal yang juga juara Tour de France 2019, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk terus menguasai jersi merah jambu tatkala masih berbaki dua peringkat lagi.

Dia sekarang ini mendahului dengan kelebihan dua minit 29 saat (s) untuk meninggalkan Damiano Caruso di tempat kedua, diikuti Yates 20s di belakang.

"Saya sangat gembira. Pendakian berlangsung dengan sangat baik," kata Bernal.

Pelumba Ineos itu berada dalam keadaan terbaik untuk meraih gelaran Grand Tour kali kedua menjelang perlumbaan peringkat ke-20 hari ini laluan berbuki dari Verbania hingga Valle Splunga, sebelum mengakhiri saingan pada peringkat terakhir yang diadakan secara ujian masa.

Dia berjaya memberikan aksi terbaik pada pendakian terakhir, walaupun dia tidak mampu untuk bersaing dengan pelumba tempat kedua, Joao Almeida dalam beberapa ratus meter terakhir.

"Saya berjaya menguruskannya dengan baik, saya mengekalkan kekuatan saya memikirkan mengenai saingan ujian masa Ahad ini," kata Bernal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 1:26 PM