Pemain golf Taiwan, Hsu Wei-Ling melakukan pukulan di kejohanan LPGA Pure Silk. FOTO AFP
Pemain golf Taiwan, Hsu Wei-Ling melakukan pukulan di kejohanan LPGA Pure Silk. FOTO AFP
AFP

Washington: Pemain Taiwan, Hsu Wei-Ling melakukan birdie di lubang terakhir untuk mencatat enam bawah par 65 dan menyertai wakil Thailand, Moriya Jutanugarn dalam senarai teratas kejohanan LPGA Pure Silk.

Pendahulu pusingan pertama, Hsu bangkit di kedudukan pendahulu dengan lima birdie berturut-turut di Kingsmill Resort dekat Williamsburg, Virginia.

Dia menamatkan saingan menerusi lapan birdie dan dua bogey pada 10 bawah par dengan mencatat keseluruhan 203.

Sementara itu, Moriya melakukan eagled di par lima dan menambah lima birdie dalam catatan enam bawah 65.

Kedua-dua mereka mendahului satu pukulan di depan pemain Amerika Syarikat (AS), Jessica Korda.

Hsu, 26 dan berada di ranking 108 dunia sedang memburu kejuaraan Jelajah LPGA AS pertamanya.

Katanya, keadaan lapangan yang kering membantu permainannya.

"Saya hanya cuba melakukan setiap pukulan di kedudukan yang saya mahukan," katanya.

"Persembahan baik daripada beberapa lubang di lapangan sangat bagus. Saya hanya beraksi mengikut perancangan dan ia ternyata membantu."

Hsu berharap dapat mengekalkan prestasinya untuk saingan seterusnya.

"Saya berharap dapat mengekalkan prestasi baik ini dan seterusnya berkongsi berita baik bersama keluarga dan penduduk di Taiwan." katanya.

Moriya, 26, pula mensasarkan satu lagi trofi selepas menjulang Terbuka Los Angeles 2018.

Sementara, Jessica dalam pemburuan kejuaraan ketujuh selepas merangkul gelaran di Kejohanan Juara-Juara tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 1:56 PM