CARRENO Busta berjaya mengalahkan Schwartzman di separuh akhir Terbuka Barcelona. FOTO Reuters
CARRENO Busta berjaya mengalahkan Schwartzman di separuh akhir Terbuka Barcelona. FOTO Reuters
AFP

Madrid: Pemain tenis Sepanyol, Pablo Carreno Busta mara ke final Terbuka Barcelona selepas mencatat kemenangan straight set ke atas wakil Argentina, Diego Schwartzman.

Pilihan kelapan yang juga jaguh tuan rumah itu mencatat kemenangan 6-3, 6-4 dalam aksi separuh akhir selama satu jam 40 minit dan tertangguh semalam akibat hujan lebat.

Ia adalah tahun kedua berturut-turut kedua-dua pemain itu bertembung di gelanggang tanah liat di Barcelona, apabila sebelum ini Carreno Busta memenangi dalam aksi tiga set di suku akhir 2021.

Carreno Busta selepas ini akan berdepan rakan senegara iaitu pilihan kelima, Carlos Alcaraz di perlawanan akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2022 @ 8:53 PM