SINNER meraikan kemenangan ke atas Rublev. FOTO AFP
SINNER meraikan kemenangan ke atas Rublev. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Pemain remaja Itali berusia 19 tahun, Jannik Sinner muncul pemain termuda mara ke separuh akhir Terbuka Barcelona sejak 2005 selepas menewaskan pemain Russia, Andrey Rublev 6-2, 7-6 (8/6) hari ini.

Sinner yang menduduki ranking ke-19 dunia akan berdepan Stefanos Tsitsipas selepas pilihan kedua dari Greece itu mengatasi cabaran Felix Auger-Aliassime 6-3, 6-3.

"Saya berusaha menjadi yang lebih baik setiap minggu," kata Sinner.

"Dia (Rublev) beraksi banyak perlawanan tahun ini dan saya cuba beraksi dengan cara saya.

"Sukar menamatkan perlawanan. Saya memiliki tiga 'break points' pada kedudukan 5-5 di set kedua yang gagal saya sempurnakan tetapi pada akhirnya saya menang,'' katanya.

Rafael Nadal yang menjuarai 20 gelaran Grand Slam berusia 18 tahun ketika mara ke separuh akhir Barcelona 16 tahun lalu. Dia kini memburu gelaran ke-12nya di Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 11:05 PM