REAKSI Federer selepas tamat perlawanan. FOTO EPA
REAKSI Federer selepas tamat perlawanan. FOTO EPA
Agensi

Halle Westfalen, Jerman: Persiapan kompetitif Roger Federer menjelang Wimbledon berakhir dengan kekalahan tiga set kepada pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime di Terbuka Halle, semalam.

Pemain nombor lapan dunia dari Switzerland itu yang bakal mencecah usia 40 tahun pada Ogos ini tewas 4-6, 6-3, 6-2 di tangan Auger-Aliassime yang 20 tahun lebih muda daripadanya.

Selepas bermula cemerlang, Federer bergelut dengan servis pada set penentuan dengan Auger-Aliassime berjaya mematahkannya dua kali.

Juara Grand Slam 20 kali itu memburu rekod sembilan gelaran perseorangan lelaki di All England Club.

Kelmarin, dia menewaskan pemain Belarus, Ilya Ivashka straight set iaitu perlawanan pertamanya sejak menarik diri di Terbuka Perancis bagi melindungi lututnya.

Tetapi dia gagal mengulanginya ketika menentang pemain di ranking ke-21, Auger-Aliassime yang mendominasi servis dan berjaya mengembalikan setiap hantaran sehingga memaksa Federer banyak membuat kesilapan.

Kejohanan itu hanya yang keempat buat juara kali 10 kali Halle sejak Januari 2020 selepas dua kali menjalani pembedahan lutut.

"Ia bukan sikap yang baik," kata Federer. "Saya kecewa dengan perasaan di atas gelanggang dan apa yang berlaku.

"Saya hanya fikirkan kesukaran dialami. Betapa saya berusaha sedaya upaya mendapatkan mata dan saya sedar ia bukan hari saya. Tiada apa boleh saya lakukan.''

Selepas ini Federer akan memberi tumpuan kepada Wimbledon yang dijangka bermula 28 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 2:02 PM