Pemain tenis Russia, Daniil Medvedev. FOTO AFP
Pemain tenis Russia, Daniil Medvedev. FOTO AFP
AFP

Paris: Daniil Medvedev melonjak di kedudukan kedua sekali gus mengambil alih tempat Rafael Nadal dalam ranking ATP yang dikeluarkan hari ini.

Pemain berusia 25 tahun dari Russia, yang tewas kepada pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic pada aksi final Terbuka Australia tahun ini, telah dinilai untuk berada di kedudukan kedua selepas kemenangan pada final kejohanan Marseille semalam.

Kemenangan 6-4, 6-7 (4/7), 6-4 ke atas Pierre-Hugues Herbert membuatkan dia menjadi pemain kelima untuk mengisi kedudukan di tempat kedua dalam tempoh 16 tahun sejak Julai 2005.

Selain daripada Djokovic dan Nadal, hanya Roger Federer dan Andy Murray yang bertahan di kedudukan berkenaan pada waktu itu.

Djokovic minggu lalu memecah rekod Federer bagi jumlah minggu berada di puncak ranking.

Ranking AFP:

1. Novak Djokovic (SRB) 12008 mata

2. Daniil Medvedev (RUS) 9940 (+1)

3. Rafael Nadal (ESP) 9670 (-1)

4. Dominic Thiem (AUT) 8625

5. Stefanos Tsitsipas (GRE) 6765

6. Roger Federer (SUI) 6375

7. Alexander Zverev (GER) 5635

8. Andrey Rublev (RUS) 5011

9. Diego Schwartzman (ARG) 3640

10. Matteo Berrettini (ITA) 3453

11. Roberto Bautista Agut (ESP) 2910 (+2)

12. Denis Shapovalov (CAN) 2865 (-1)

13. David Goffin (BEL) 2795 (+1)

14. Gael Monfils (FRA) 2770 (-2)

15. Pablo Carreno Busta (ESP) 2630 (+1)

16. Grigor Dimitrov (BUL) 2620 (+1)

17. Fabio Fognini (ITA) 2530 (+1)

18. Felix Auger-Aliassime (CAN) 2516 (+1)

19. Milos Raonic (CAN) 2450 (-4)

20. Cristian Garin (CHI) 2385 (+2)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 11:04 PM