PEMAIN tenis Sepanyol, Rafael Nadal. FOTO AFP
PEMAIN tenis Sepanyol, Rafael Nadal. FOTO AFP
AFP

PARIS: Senarai terkini ranking ATP dikeluarkan hari ini menyaksikan bintang tenis Sepanyol Rafael Nadal terus mengekalkan kelebihan di puncak dengan mengatasi Roger Federer di tempat kedua dan Novak Djokovic di tempat ketiga.

Hanya satu perubahan berlaku dalam senarai 10 teratas apabila Kevin Anderson dari Afrika Selatan melonjak daripada tempat ke-9 ke tempat ke-8 dan pemain paling mencuri tumpuan minggu ini ialah pemain dari Georgia Nikoloz Basilashvili.

Pemain bukan pilihan itu meningkat daripada tangga ke-23 ke tangga ke-11 selepas mencipta kejutan dengan menewaskan pemain nombor empat dunia Juan Martin Del Potro di Terbuka China untuk mengungguli kejohanan itu.

SENARAI RANKING TERKINI:

1. Rafael Nadal (ESP) 8260 pts

2. Roger Federer (SUI) 6900

3. Novak Djokovic (SRB) 6445

4. Juan Martin Del Potro (ARG) 6130

5. Alexander Zverev (GER) 4755

6. Marin Cilic (CRO) 4535

7. Dominic Thiem (AUT) 3825

8. Kevin Anderson (RSA) 3640 (+1)

9. Grigor Dimitrov (BUL) 3620 (-1)

10. John Isner (USA) 3380

11. David Goffin (BEL) 2865

12. Kei Nishikori (JPN) 2730

13. Fabio Fognini (ITA) 2315

14. Kyle Edmund (GBR) 1990 (+2)

15. Stefanos Tsitsipas (GRE) 1987

16. Diego Schwartzman (ARG) 1975 (-2)

17. Jack Sock (USA) 1850

18. Lucas Pouille (FRA) 1825 (+1)

19. Borna Coric (CRO) 1815 (-1)

20. Milos Raonic (CAN) 1800

(pilihan) -

23. Nikoloz Basilashvili (GEO) 1757 (+11)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 9:08 PM