Aug 31, 2019; Flushing, NY, USA; Naomi Osaka of Japan reacts after winning a point against Coco Gauff of the United States (not pictured) in the third round on day six of the 2019 U.S. Open tennis tournament at USTA Billie Jean King National Tennis Center. Mandatory Credit: Geoff Burke-USA TODAY Sports

AFP

Paris: Naomi Osaka terkeluar dari senarai 10 teratas dunia buat pertama kali sejak memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2018 ketika dia terus berehat daripada saingan tenis.

Sensasi Jepun dan bekas pemain nombor satu dunia itu, tidak beraksi sejak tersingkir di Terbuka AS pada pusingan ketiga, bulan lalu.

Naomi jatuh di kedudukan ke-12 pada ranking WTA yang baharu dikeluarkan hari ini.

Ia adalah pencapai terendah sejak sebelum dia meraih kejuaraan keempat Grand Slam di Flushing Meadows tiga tahun lalu, apabila dia menewaskan Serena Williams pada final yang cukup sengit.

Senarai ranking WTA bagi 20 teratas:

1. Ashleigh Barty (AUS) 9,077 mata

2. Aryna Sabalenka (BLR) 7,115

3. Karolina Pliskova (CZE) 5,285

4. Iga Swiatek (POL) 4,756

5. Barbora Krejcikova (CZE) 4,668

6. Garbine Muguruza (ESP) 4,595

7. Elina Svitolina (UKR) 4,376

8. Sofia Kenin (USA) 4,190

9. Maria Sakkari (GRE) 4,055

10. Belinda Bencic (SUI) 3,835

11. Petra Kvitova (CZE) 3,735

12. Naomi Osaka (JPN) 3,326

13. Anastasia Pavlyuchenkova (RUS) 3,255

14. Ons Jabeur (TUN) 3,220

15. Angelique Kerber (GER) 3,105

16. Elena Rybakina (KAZ) 2,983

17. Simona Halep (ROM) 2,982

18. Elise Mertens (BEL) 2,885

19. Cori Gauff (USA) 2,815

20. Anett Kontaveit (EST) 2,616

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 11:11 PM