SPEKULASI mengenai pembatalan Olimpik Tokyo dinafikan kerajaan Jepun. FOTO AFP
SPEKULASI mengenai pembatalan Olimpik Tokyo dinafikan kerajaan Jepun. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Jepun menafikan laporan yang mendakwa Olimpik Tokyo akan dibatalkan selepas Perdana Menteri, Yoshihide Suga bertekad tetap meneruskan penganjuran temasya berkenaan.

Jurucakap kerajaan, Manabu Sakai menjelaskan laporan The Times yang memetik dari sumber pegawai tertinggi pemerintah yang tidak disebutkan nama kononnya mendapat kata sepakat bahawa temasya itu sukar dianjurkan adalah 'tidak benar'.

Ini adalah artikel terbaru untuk menimbulkan keraguan mengenai penganjuran temasya berkenaan, yang ditunda tahun lalu disebabkan Covid-19 namun ia kembali menjadi tanda tanya selepas peningkatan semula kes pandemik itu.

"Saya bertekad untuk merealisasikan penganjuran yang selamat dan aman di Olimpik Tokyo sebagai bukti bahawa orang ramai perlu mengatasi virus berkenaan," kata Suga.

Penganjur temasya itu juga berkata, mereka memberi fokus sepenuhnya dalam penganjuran Olimpik pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, Sakai berkata, keputusan mengenai status penganjuran berkenaan akan diumum sendiri oleh Jepun, kenyataan yang sedikit menyimpang daripada pemimpin tertinggi kerajaan berkenaan.

"Suatu hari nanti, kita akan membuat keputusan sama ada akan menangguhkannya atau tidak. Buat masa sekarang kerajaan Jepun akan melakukan apa yang termampu dan membuat persiapan serta persediaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 3:04 PM