SEPASANG kekasih berswafoto berlatar belakang Logo Olimpik. FOTO EPA
SEPASANG kekasih berswafoto berlatar belakang Logo Olimpik. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Jepun melanjutkan tempoh darurat di Tokyo dan memperluaskannya di empat wilayah lagi selepas menghadapi kenaikan kes jangkitan Covid-19 seminggu selepas berlangsungnya Sukan Olimpik.

Kes di seluruh negara meningkat kepada 10,000 buat kali pertama semalam dan sejumlah pegawai pemerintah dan pakar kesihatan sudah mengingatkan akan berlaku peningkatan lagi berikutan penularan varian Delta.

Jumlah jangkitan di Jepun dilihat masih terkawal dengan sekitar 15,000 kematian dan tiada perintah berkurung yang ketat, namun hanya satu perempat populasi penduduknya sudah divaksin sepenuhnya.

Peningkatan kes berlaku ketika Tokyo menganjurkan Olimpik di mana penganjur pada hari ini melaporkan 27 kes baharu membabitkan temasya berkenaan.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga mengumumkan perluasan tempoh darurat di Chiba, Kanagawa dan Saitama yang berjiran dengan Tokyo selain Osaka di Barat Jepun.

Keputusan itu bermakna tempoh darurat di Tokyo dan Utara Okinawa yang sepatutnya berakhir 22 Ogos akan berakhir pada hujung bulan yang sama.

Langkah berkenaan juga menyebabkan sekatan penjualan alkohol di bar dan restoran selain memendekkan waktu operasi.

Namun timbul persoalan adakah langkah sedemikian sudah mencukupi untuk menangani virus berkenaan.

"Varian Delta menular dengan cepat dan jika peningkatan kes ini tidak dapat diturunkan, situasi lebih serius akan berlaku dan hospital semakin penuh dengan pesakit," kata Suga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 6:11 PM