SEORANG lelaki merakam gambar logo Olimpik berhampiran Stadium Nasional di Tokyo. FOTO EPA
SEORANG lelaki merakam gambar logo Olimpik berhampiran Stadium Nasional di Tokyo. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Jepun memperluaskan wilayah perintah darurat berikutan pandemik Covid-19, hanya 10 minggu sebelum bermulanya Sukan Olimpik.

Dengan Tokyo serta beberapa kawasan lain sudah pun di bawah perintah darurat sehingga hujung bulan ini, tiga lagi wilayah termasuk Utara Hokkaido yang akan menjadi tuan rumah untuk acara maraton, kini turut berada di bawah perintah darurat.

"Hari ini kami memutuskan untuk menambah Hokkaido, Okayama dan Hiroshima di bawah perintah darurat bermula 16 hingga 31 Mei," kata Perdana Menteri, Yoshihide Suga.

Kawasan yang dimaksudkan itu mempunyai kepadatan pendudukan yang tinggi dan beberapa kes baru Covid-19 menunjukkan trend peningkatan.

Perluasan kawasan perintah darutat adalah untuk menangani gelombang keempat pandemik Covid-19 yang menyaksikan sistem kesihatan di Jepun semakin kritikal.

Ketua Tokyo 2020, Seiko Hashimoto memberitahu media bahawa beliau memahami kebimbangan rakyat namun menegaskan langkah yang ketat dapat mengatasi masalah kenaikan kes Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 1:05 AM