DJOKOVIC dijangka akan beraksi pada perlawanan pertunjukan sebelum Terbuka Australia. FOTO AFP
DJOKOVIC dijangka akan beraksi pada perlawanan pertunjukan sebelum Terbuka Australia. FOTO AFP
AFP

Sydney: Bintang tenis utama akan dikuarantin di Adelaide dan bukannya di Melbourne bakal beraksi dalam perlawanan pertunjukan sebelum Terbuka Australia yang menyaksikan bandar itu turut menganjurkan siri WTA selepas Grand Slam yang pertama berlangsung.

Kira-kira 1,270 pemain dan kakitangan sokongan dijangka tiba di Melbourne menggunakan kapal terbang yang khas hujung minggu ini yang mana mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Namun dengan kekurangan bilik hotel di sini, Ketua Terbuka Australia, Craig Tiley berkata beliau akan berhubung dengan pemerintah Australia untuk mengambil sebahagian daripada pemain itu.

Masalah semakin rumit apabila hotel di Melbourne yang akan menampung pemain menarik diri kerana dilaporkan atas kebimbangan penunduk.

"Akan ada manfaatkan jika mereka bermain perlawanan pertunjukan sebelum datang ke Melbourne jadi Perdana Menteri (Steven Marshall) bersetuju untuk menampung 50 pemain yang akan dikuarantin dan kemudiannya meminta pemain itu beraksi di pada perlawanan pertunjukan itu," kata Tiley

Satu kenyataan rasmi mengumumkan perlawanan pertunjukan pada 29 Januari akan membabitkan tiga pemain terbaik dunia iaitu - Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Dominic Thiem dan dua daripada pemain terbaik wanita Simona Halep dan Naomi Osaka.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 1:30 PM