MCGregor (kanan) tewas kepada Poirier. FOTO Agensi
MCGregor (kanan) tewas kepada Poirier. FOTO Agensi
Agensi

Abu Dhabi: Khabib Nurmagomedov berpendapat 'rakan sepelatih kanak-kanak' Conor McGregor menjadi punca kekalahannya di tangan Dustin Poirier.

Penampilan semula bintang Ireland itu ke oktagon cukup memalukan apabila rebah seawal pusingan kedua.

McGregor mudah menwaskan Poirier pada 2014 menerusi kiraan TKO di pusingan pertama.

Namun kali ini jauh berbeza apabila Poirier mempamerkan aksi cukup mantap sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan pertemuan pertama sebelum ini.

Seteru utama McGregor, Khabib yang juga pernah menewaskan bintang Ireland itu menerusi gerakan kuncian, pantas memberi reaksinya di Twitter.

"Inilah yang berlaku apabila anda mengubah pasukan anda, meninggalkan rakan sepelatih yang mengangkat anda sebagai juara dan kemudian berlatih dengan kanak-kanak.

"Jelas jauh daripada realiti sebenar," tulis Khabib.

Khabib turut memberi penghargaan kepada bos UFC, Dana White kerana memperkenalkan pertandingan itu sebelum mengucapkan terima kasih atas segala-galanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 9:59 PM