ENGLAND juara Piala Autumn Nations selepas mengalahkan Perancis 22-19. FOTO Agensi
ENGLAND juara Piala Autumn Nations selepas mengalahkan Perancis 22-19. FOTO Agensi
AFP

Twickenham: Kelemahan Owen Farrell dalam melakukan sepakan untuk menghasilkan mata menyebabkan England terpaksa menunggu sehingga ke masa tambahan 'sudden death' untuk mengalahkan Perancis 22-19 dalam perlawanan akhir Piala Autumn Nations.

Perancis, yang dua kali mendahului dengan kelebihan tujuh mata dan kehilangan beberapa pemain utama, mendahului England 19-12 sebelum pemain gantian 'The Roses', Luke Cowan Dickie berusaha keras untuk melakukan try pada jarak dekat tatkala beberapa minit sebelum masa sebenar tamat.

Ketua pasukan England, Farrell melakukan conversion untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan, 10 minit bagi setiap bahagian, dengan pasukan terlebih dulu memperoleh mata dikira sebagai pemenang.

Farrell, yang menyaksikan sepakan penaltinya mengenai tiang selepas dua minit aksi 'sudden death' berlangsung, memperoleh mata kemenangan juga melalui sepakan penalti lima minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Kekalahan sangat memeritkan buat pasukan Perancis yang dibezakan dengan pengalaman.

Mereka memulakan aksi tanpa pemain scrum-half, Antoine Dupont dan tonggak back-row, Gregory Alldritt.

"Saya terlepas beberapa peluang, yang sepatutnya tidak perlu dilepaskan dan membuatkan perlawanan ini menjadi sangat lama.

"Banyak peluang untuk kami mencatat kemenangan lebih awal dan ia adalah salah saya tidak menggunakan kesempatan itu, namun semua pemain sentiasa berusaha mencari mata," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 10:20 AM