MBAPPE dikatakan sedang berbincang dengan Real. FOTO AFP
MBAPPE dikatakan sedang berbincang dengan Real. FOTO AFP
AFP

Madrid: Real Madrid menafikan mereka sedang berunding untuk menandatangani penyerang Paris Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe menjelang akhir kontraknya pada Jun 2024.

"Memandangkan maklumat yang dikeluarkan dan diterbitkan baru-baru ini oleh media yang berbeza, di mana terdapat spekulasi mengenai dakwaan rundingan antara Kylian Mbappe dan kelab kami.

"Real Madrid ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan tiada rundingan sedemikian dilakukan dengan pemain yang menjadi milik PSG," kata Madrid dalam satu kenyataan.‚Äč

Akhbar Sepanyol Marca berkata Real membayangkan Mbappe menyertai kelab itu tahun depan, dengan skuad itu percaya 'dia akan mendarat di Santiago Bernabeu'.

Mbappe cuba dipancing oleh Real selama beberapa tahun tetapi menolak tawaran Los Blancos dengan menandatangani kontrak baharu bersama PSG pada Mei 2022 walaupun terdapat laporan bahawa dia bersetuju menyertai kelab berkenaan.

Pada musim panas lalu, Mbappe dibekukan oleh PSG sehingga 13 Ogos selepas enggan menyambung kontraknya.

Pemain berusia 24 tahun itu tidak dibawa ke jelajah pramusim di Jepun dan Korea Selatan serta terlepas perlawanan Ligue 1 pertama semasa pertikaian itu.

Mbappe akhirnya dibawa semula ke dalam pasukan selepas mengadakan 'perbincangan yang membina dan positif' dengan kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 11:23 AM